Jumaat, 30 Mac 2012

Topik Yang Betul-Kunci Kejayaan Sebuah Blog



Dalam membina sebuah blog,salah satu
unsur yang penting ialah memilih sesuatu topik yang betul untuk blog.Jika anda memilih tajuk yang betul,blog anda akan memberi banyak manfaat dan keuntungan kepada anda untuk jangkamasa panjang.Tetapi jika sebaliknya...Baiklah,tanpa membuang masa,saya akan kongsikan kepada anda cara untuk memilih topik blog yang betul.

1) Topik yang anda suka dan minat.Amat penting sekiranya anda mahu menghasilkan sebuah blog,sesuatu topik yang anda pilih itu mesti berpadanan dengan minat anda.Jika anda memilih topik yang anda kurang minat,anda tentunya sukar untuk memberikan komitmen dalam menulis blog.

2) Populariti sesuatu topik.Selain memilih topik yang anda minat,topik itu juga mestilah topik yang popular dan menjadi tumpuan umum.

3) Topik yang mengikut trend semasa.Tidak semua topik yang popular akan kekal sepanjang masa.Anda haruslah sentiasa melihat pada perkembangan semasa bagi memastikan topik yang anda pilih itu kekal relevan.

4) Persaingan yang hebat.Salah satu kesilapan lazim seorang blogger ialah memilih topik yang banyak digunakan umum dan terlalu popular.Topik yang sering digunakan umum adalah topik yang mempunyai saingan yang hebat.Seeloknya,gunakanlah topik yang kurang popular kerana topik tersebut kurang mempunyai saingan.

5) Mencipta Sub-Niche.Cara untuk membina subjek blog yang menguntungkan adalah dengan menentukan kekurangan blogger yang telah diterbitkan.Anda boleh fokuskan kepada kekurangan saingan pada sesuatu subjek untuk dijadikan sub-niche anda.

6) Keuntungan sesuatu topik blog.Blog yang sepenuhnya berasaskan keuntungan seharusnya menyasarkan sesuatu topik yang boleh menarik minat si pengiklan.Topik blog sebenarnya merupakan satu pelaburan.Topik yang menguntungkan adalah topik yang menarik minat segmen pasaran yang disasarkan oleh advertiser ataupun blogger.Dan tak semua topik blog memberi keuntungan yang sama.

Dengan tips yang saya berikan di atas,diharap anda akan dapat memilih topik yang bersesuaian dengan blog anda.Walaupun anda merasakan agak sukar untuk mencari topik blog yang sepadan dengan tips di atas,namun anda harus melupakannya dan terus berblogging!Mengetahui kekurangan sesuatu topik blog yang anda pilih sudah cukup untuk meningkatkan lagi blog anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan