Khamis, 8 Mac 2012

Kriteria Bagi Sesuatu Idea Perniagaan


Adakah anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan?Banyak atau sedikit?Tetapi anda tahu tak apa kriteria-kriteria terbaik bagi idea-idea tersebut?Jika anda tidak tahu mengenainya,saya akan kongsikan dengan anda.

1) Terbukti.Perniagaan anda mestilah terbukti dapat memberi kepuasan serta dapat menyelesaikan masalah pelanggan.

2) Boleh diuji.Perniagaan anda mestilah boleh diuji dengan apa sahaja.Contoh dengan Pay-Per-Click untuk menguji kebolehlihatan perniagaan anda.

3) Mudah dan cepat.Ia mestilah mudah dan cepat dilaksanakan.Sebagai contoh,sesebuah website atau blog mestilah mudah untuk disediakan dan boleh disiapkan dalam masa singkat contohnya 1 bulan.Maknanya,jika anda mendapati website anda agak rumit dan mengambil masa lebih dari 1 bulan,ketepikan sahajalah idea tersebut dahulu.

4) Hasilnya mesti boleh dijangka.Anda boleh mengetahui sendiri hasil niche tersebut sama ada boleh dijangka ataupun tidak dengan melihat pada produk sedia ada di pasaran.

5) Manfaat yang berterusan.Anda perlu melakukan back-end sale dengan menawarkan sampel,laporan,ezine dan ebook percuma.Jangan hanya bergantung harap pada jualan asas produk sahaja.

6) Relevan.Perniagaan anda mesti relevan berdasarkan niche yang anda pilih.

Demikianlah kriteria bagi sesuatu idea perniagaan yang ingin anda lahirkan.Anda renung-renungkanlah dan selamat beramal!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan