Jumaat, 30 Mac 2012

Persoalan Bagi Blogger



Semua orang mahu menjadi blogger tetapi hanya segelintir orang yang berjaya sebagai blogger.Sebelum anda mahu bercita-cita menjadi blogger yang berjaya,cuba renungkan sejenak,apakah persoalan yang sering bermain dalam fikiran seorang blogger?

1) Adakah saya suka menulis?
2) Apakah yang saya mahu sampaikan?
3) Adakah saya dapat berkomunikasi dengan baik?
4) Adakah saya lebih berkata-kata daripada menulis?
5) Sanggupkah saya belajar mengenai perkara teknikal mengenai blog?
6) Adakah saya mampu mendisiplinkan diri untuk berblogging?
7) Adakah saya mempunyai masa untuk mengemaskini blog?
8) Adakah saya sedia menerima komentar dan kritikan dari pembaca blog saya?
9) Adakah saya mahir menggunakan mana-mana perisian untuk blog saya?
10) Bolehkah saya menimbulkan 'sense of humor'?
11) Adakah saya boleh mempelajari benda baru?
12) Adakah saya suka membaca?
13) Bolehkah saya mengurus blog dengan baik?
14) Adakah saya gemar bersosial?
15) Adakah saya suka bersosial di Facebook dan Twitter?
16) Adakah saya kreatif?
17) Adakah saya mudah berubah fikiran?
18) Adakah saya mampu berterus-terang dalam blogging?
19) Bolehkah saya bekerja keras untuk blog saya?
20) Bolehkah blog saya berjaya?

Itulah yang seringkali bermain di fikiran kebanyakkan blogger.Anda sebenarnya boleh menjawab dan merungkai sendiri persoalan ini dengan melaksanakan segala apa yang anda fikirkan anda boleh lakukannya.Selamat berblogging!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan