Isnin, 30 Januari 2012

Kesilapan Dalam Perniagaan Internet (Harus Dielakkan)

Pada kali ini,saya ingin kongsikan beberapa kesilapan-kesilapan utama yang sering dilakukan oleh peniaga/usahawan internet yang harus anda elakkan.(Kesilapan yang bertanda * adalah kesilapan yang pernah dilakukan saya sendiri.)

1) Tidak mengenal pasti bidang perniagaan yang ingin diceburi dengan jelas.Akhirnya,tidak ada satupun kejayaan yang terhasil.

2) Semuanya mahu dilakukan sendiri tanpa bantuan orang lain (terutama pakar).

3) Suka menangguh/melambatkan kerja.*

4) Tidak meluangkan masa untuk membaca buku/mempelajari bisnes ini dengan mendalam.

5) Melakukan kerja secara separuh jalan.*

6) Tidak mempelbagaikan aliran pendapatan.Bahaya jika hanya bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja.Namun,di peringkat permulaan,mulakanlah dengan satu sumber dahulu.

7) Tiada matlamat,visi dan tujuan perniagaan yang jelas.

8) Tidak mengikut perancangan yang ditetapkan,sebaliknya terus melakukan kerja tanpa disiplin.

9) Mengambil peluang yang tidak berapa penting untuk perniagaan.

10) Hanya banyak merancang,tetapi tidak bertindak atau melaksanakan perancangan tersebut.

11) Banyak aliran keluar duit berbanding aliran masuk.Tiada modal pusingan,sukar untuk bisnes anda berjalan lancar.

12) Membelanjakan wang untuk perkara yang tiada kaitan dengan bisnes.

13) Banyak sangat melepak dan berbual kosong dengan para usahawan lain.Kalau perniagaan anda berjalan secara automatik/separa automatik bolehlah anda bersantai sedikit.Tetapi jangan berlebihan kerana kita juga perlu bekerja kuat.

14) Terlalu memfokuskan kepada masalah berbanding penyelesaian.

15) Terlalu menokok tambah maklumat sehingga berlakunya 'lambakan' maklumat dan ia akan membantutkan bisnes anda.

16) Tidak pandai berkata TIDAK kepada perkara yang tidak penting dalam bisnes.

17) Terlalu menghabiskan masa dengan perkara kurang penting berbanding yang lebih penting.

18) Mudah patah semangat apabila melihat orang lain lebih hebat daripada kita.

Semoga anda dapat mengambil iktibar dari kesilapan-kesilapan di atas,dan jadikan ia sebagai 'batu asas' untuk membina perniagaan internet yang berjaya.Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan