Selasa, 21 Februari 2012

Apakah Prinsip Seorang Jutawan?

Apakah prinsip hidup seorang jutawan?Bagaimana mereka dapat mengekalkan wang berjuta ringgit di poket mereka?Mereka sebenarnya dahulunya sama sahaja seperti kita:hidup sederhana.Baiklah,saya akan kongsikan kepada anda apakah perkara yang menjadi pegangan dan prinsip hidup seorang jutawan.

1) Mereka merancang matlamat mereka seperti berapa yang harus diperolehi setiap bulan,berapa yang harus ditabungkan di bank,berapa yang mereka mesti belanjakan dalam sehari dan sebagainya.

2) Mereka merancang dan terus bertindak.Mereka membuka akaun simpanan tetap dan menyimpan setiap bulan tanpa hentinya.

3) Mereka mempunyai disiplin yang tinggi.Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelak daripada menyentuh wang simpanan di bank ataupun wang di dalam tabung.

4) Mereka mendapatkan perlindungan daripada bencana.Mereka melanggan pelbagai polisi insuran untuk melindungi aset-aset berharga mereka seperti rumah,kereta,tanah dan sebagainya.Selain itu,mereka juga menggunakan perlindungan insuran untuk diri sendiri bagi melindungi mereka dari sebarang kemungkinan buruk.

5) Mereka cuba mengelak dari berhutang.Mereka akan melangsaikan sesuatu pembayaran dengan kadar segera.

6) Mereka menukarkan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.

7) Mereka menjimatkan wang atas setiap ringgit yang dibelanjakannya.

8) Mereka benci berbelanja.

9) Mereka suka menyimpan.Mereka tahu bahawa setiap wang yang disimpan itu akan memberi pulangan yang lumayan pada masa depan.

10) Mereka terus belajar dari mereka yang telah berjaya.Oleh itu mereka juga akan menjadi lebih berjaya.

11) Mereka berfikiran positif mengenai wang.Mereka bukanlah seorang yang tamak dan 'menghambakan diri' demi duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12) Mereka sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan wang dan menyimpan wang sebanyak yang boleh.

Jika anda berhasrat untuk menjadi seorang jutawan,cuba amalkan prinsip ini.Pasti anda akan berjaya.Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan