Rabu, 18 Januari 2012

Redmummy Kaya Dengan Menulis Blog







Mira Abu Bakar/Redmummy menunjukkan blog masyuknya iaitu Redmummy.com.


Kaya dengan hanya menulis blog? Itulah yang diperolehi oleh Mira Abu Bakar,37 tahun yang mengasaskan blog Redmummy.com.Dia telahpun menjadi seorang blogger sejak 2005 lagi melalui Redmummy Blogspot,kemudiannya beralih ke domain sendiri sejak 2008.

Mira yang lebih dikenali sebagai Redmummy/Kak Red merupakan bekas peserta rancangan Fear Factor Malaysia yang bersiaran di ntv7 pada 2005.Dia bertugas sebagai Setiausaha Eksekutif di sebuah syarikat swasta yang bertempat di KLCC di samping menjana pendapatan sampingan melalui blog peribadinya.

Blognya merupakan blog yang paling popular dan jumlah pengunjungnya melebihi 4 juta orang.Blog Redmummy bukan sahaja menceritakan tentang pengalaman peribadi Mira,tetapi juga menyentuh mengenai panduan keibubapaan,aksesori wanita,ulasan mengenai filem,teater dan drama TV serta majlis anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu,Anugerah Bintang Popular dan sebagainya.

Dia menjana pendapatan melalui unit-unit iklan Nuffnang sejak 2008.Pada mulanya dia menjana RM90,RM150 hinggalah RM300 sebulan,tetapi kini beliau memperolehi pendapatan melebihi RM10,000 sebulan!Dia juga seringkali dijemput untuk menghadiri majlis perasmian produk seperti produk kecantikan dan alatan teknologi seperti telefon bimbit dan sebagainya.Dia memperolehi bayaran RM100,000 hanya dengan memberi ulasan mengenai produk tersebut!

Blog Redmummy juga menerima anugerah 'Top Parenting Blogger' bagi kategori blog berbahasa Melayu anjuran Nuffnang kerana kepelbagaian penulisannya dan anugerah Blog Idol pada 2006 kerana keceriaan blognya yang berwarna merah.

Ingin menjadi seperti Redmummy?Dia ada berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menjana pendapatan melalui blog.

1) Mesti mempunyai kemudahan Internet dan komputer riba yang boleh dibawa ke mana-mana.

2) Membaca blog popular dan tinggalkan komen/link ke blog anda di blog tersebut.

3) Kemudian,cari tiga lagi blog dan berikan tiga lagi komen dan lakukan secara berterusan sehinggalah ia berkembang.

4) Buat templat blog yang cantik dan menceriakan dan bukan mengambil templat yang sedia ada.

5) Setiap hari,buatlah maksimum 10 catatan,sekurang-kurangnya selang 3-4 jam.Ini bagi memastikan blog anda sentiasa dikunjungi pelawat.

6) Mendaftar dengan Nuffnang bagi menerima unit iklan darinya.

7) Rajin dan tidak kenal putus asa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan