Anda benar-benar ketiadaan idea menulis blog?Saya akan berikan beberapa tips mudah untuk mendapat idea untuk menghasilkan entri blog terbaru.
1) Membaca artikel dari laman web atau blog lain serta memberi ulasan dan pendapat anda mengenai artikel tersebut.Bukan meniru secara bulat-bulat dari artikel tersebut.
2) Melawat atau 'blogwalking' ke blog orang lain.Lihat artikel mereka.Mungkin dari situlah akan lahir ilham untuk menghasilkan entri blog anda.
3) Sertai mana-mana forum yang berkaitan dengan blog anda.Sambil itu kita dapat membaca apa sahaja yang mereka lontarkan mengenai dunia blogging.Dari situ,anda mungkin boleh menjadikan ia idea terbaru untuk entri anda.
4) Anda perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mendalam mengenai apa yang anda tulis dalam blog anda itu.Ini penting bagi memastikan artikel yang anda ingin hasilkan itu benar-benar berguna dan bermanfaat.
5) Anda hasilkan apa sahaja ulasan dan pendapat anda mengenai isu-isu semasa dan apa sahaja yang berlaku di sekeliling anda.
Dari tips yang saya berikan di atas,anda boleh memperoleh idea yang mudah untuk menulis blog.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan