Sebenarnya,membuat duit dengan blog ni tidaklah terlalu sukar.Anda hanya memerlukan beberapa tips sahaja untuk menghasilkan pendapatan lumayan dengan blog anda.Malahan,ramai juga blogger yang berjaya menghasilkan pendapatan 4-5 angka dengan menulis blog sahaja.Ini merupakan langkah mudah untuk buat duit dengan blog:1) Meletakkan unit iklan di blog anda.Anda boleh mendaftar dengan mana-mana komuniti pengiklanan online seperti Nuffnang,Advertlets,AdsNiaga,Adsense (jika blog anda berbahasa Inggeris) dan sebagainya.Anda akan mendapat duit sekiranya orang mengklik iklan tersebut.
2) Program Affiliate.Sertai mana-mana program affiliate,dan letakkan banner iklan ataupun link produk tersebut ke blog anda.Apabila orang klik,download ataupun membeli produk affiliate tersebut,anda akan mendapat komisyen dari si empunya produk.Contohnya cj.com. dan ClickBank.
3) Jual barang/produk anda di blog.Tidak kira apapun bahasa yang digunakan blog anda,anda jual apa sahaja produk/barangan yang anda ingin jual dan promosikannya.Pasti akan ada yang membeli produk anda.
4) Jual Ruangan Iklan di Blog.Jika blog anda sudah popular,apa kata anda jual unit iklan dalam blog anda.Dengan populariti blog anda,pasti sesiapa sahaja mahu mengiklan di blog anda.Anda tetapkanlah berapa sahaja harga bagi unit iklan tersebut.Contohnya RM20 sebulan bagi iklan teks dan RM100 sebulan bagi iklan banner.
Tips di atas merupakan langkah mudah untuk anda membuat duit dengan blog anda.Cubalah praktikkannya,pasti anda akan 'masyuk' dengan blog anda.Selamat berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan