Rabu, 7 Mac 2012

Tip Penting Berniaga Di Facebook


1) Gunakan peluang berniaga di Facebook untuk mengumpul senarai pembeli.Facebook adalah medium perniagaan yang mempunyai potensi luas kerana ramai orang memilih untuk berurusan di Facebook.

2) Mesti mempunyai laman web jualan sama ada minisite,blogshop ataupun shopping cart sendiri.Perniagaan anda bukan sahaja terhad kepada Facebook,malahan banyak cara lain yang boleh anda cuba.

3) Anda tidak akan selama-lamanya berniaga di Facebook.Persoalannya,adakah dapat berniaga di Facebook untuk tempoh 3 hingga 5 tahun lagi?Sudah tentunya tidak.Anda harus mengembangkan lagi perniagaan anda.

4) Seperti no.1,simpan dengan rapi semua maklumat peribadi pelanggan anda seperti nama,emel,alamat dan nombor telefon.Dan gunakan maklumat tersebut untuk menghubungi mereka secara konsisten.Ramai Internet Marketer telah menggunakan kaedah ini.

5) Maklumat pelanggan yang disimpan rapi merupakan rahsia kekebalan sesuatu bisnes.Andainya pasaran di Facebook semakin tepu atau berlaku sesuatu yang tidak diduga,perniagaan kita tetap dapat diteruskan kerana mempunyai maklumat pelanggan.

Facebook hanyalah platform untuk anda berniaga.Anda harus menggunakan lebih lagi kaedah daripada ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan