Selasa, 17 Januari 2012

Cara Menghasilkan Blog Bisnes Online

Pada entri yang lepas,saya ada menekankan mengenai apakah itu blog bisnes online.Kali ini saya ingin menerangkan pula mengenai cara-cara untuk menghasilkan blog untuk kegunaan peniagaan online pula.Ini merupakan cara yang telah digunakan oleh kebanyakan master-master perniagaan online di dunia ini.

1) Anda mesti menetapkan tema perniagaan internet anda.Contohnya,jika anda ingin 'menjual' kisah peribadi anda,hasilkan satu blog yang khusus untuk kisah-kisah peribadi anda sahaja.Contoh blog peribadi adalah seperti blog Redmummy.com.

2) Mempromosikan blog perniagaan online anda secara berterusan.Memang pada mulanya,blog kita tidak dikunjungi ramai pelawat.Namun sekiranya anda terus mempromosikan blog anda,pasti suatu hari nanti,blog kita akan dikunjungi ramai pelawat.Jangan kecewa sekiranya tiada orang yang memberi komen pada entri blog anda kerana 95% pengunjung blog hanyalah mahu membaca artikel blog dan bukannya memberi komen.Ia juga berlaku pada saya!

3) Bersederhanalah dalam blog.Janganlah terlalu formal ataupun informal.Ia akan mencerminkan keperibadian anda dalam Internet.Anda jangan sekali-kali mencampurkan unsur perniagaan dan peribadi anda dalam blog.Anda perlu mengasingkan kedua-dua unsur tersebut dengan menghasilkan blog yang berasingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan