Selasa, 17 Januari 2012

Blog Bisnes Online

Sejak dua tahun kebelakangan ini,Web Log atau singkatannya,blog semakin mendapat tempat di hati pengguna internet di Malaysia.Blog kini bukan sahaja boleh menjadi medan untuk menyuarakan pendapat,meluahkan isi hati dan menyiarkan kisah peribadi semata-mata,malahan ia juga boleh dijadikan medan perniagaan!Namun blog yang berunsurkan perniagaan amatlah kurang di Malaysia.Masih tidak ramai yang mahu menjadikan blog sebagai alat perniagaan.Namun sekiranya blog dimanfaatkan untuk perniagaan dengan sebaiknya,anda mampu memperoleh pendapatan ekstra masyuk dengannya!!!


Blog bisnes online dapat membantu:
1) Mendapatkan pelawat yang ramai dan berulang.Pelawat yang berulang mampu memberikan pulangan lumayan pada perniagaan anda.Untuk mendapat pelawat yang berulang untuk perniagaan online anda,anda perlulah sentiasa mengemaskini blog anda dengan info yang terkini dan terbaru,sekurang-kurangnya sekali seminggu.

2) Menimbulkan suasana tidak formal,sempoi dan personal.Menggunakan suasana ini akan menimbulkan lebih keselesaan kepada pelawat anda.Dengan itu,blog itu akan mudah didekati pelawat.

3) Memberi link (pautan) yang relevan dan berguna untuk dijadikan rujukan tambahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan