Selasa, 17 Januari 2012

AIDA

AIDA?Apa itu AIDA?Nama perempuan?Bukan!AIDA ialah salah satu konsep atau rukun dalam perniagaan internet.Konsep AIDA ini biasanya digunakan ketika melakukan urusniaga online.AIDA bermaksud:

A- Attention (Perhatian).Anda perlu menarik perhatian pelawat untuk mengunjungi perniagaan online anda.Terutama headline blog dan perniagaan anda.Gunakan elemen yang boleh menarik perhatian pelawat untuk mengunjungi blog perniagaan anda.Contohnya seperti:Blog4Duit-Buat Duit Online Dengan Blog Anda.

I- Interest (Minat).Anda juga perlu menimbulkan minat kepada pelawat a.k.a. pelanggan anda untuk membeli/melanggan produk anda.Anda perlu menjadikan barang jualan anda/penulisan anda kelihatan lebih interaktif dan menarik perhatian pelawat sekaligus menimbulkan minat mereka untuk membeli produk anda.

D- Desire (Keinginan).Anda perlu menjadikan produk anda kelihatan menarik di mata pelanggan.Pada masa ini,anda perlu memperkenalkan perniagaan anda di mata umum.Anda perlu menceritakan mengenai kelebihan bukan ciri-ciri perniagaan anda.Dengan itu,pelawat a.k.a. pembeli akan mempunyai keinginan untuk mengetahui perniagaan anda sekaligus akan mendapatkannya daripada anda.

A- Action (Tindakan).Anda tidak boleh berharap 100% agar pelawat bertindak.Pelawat hanya akan bertindak sekiranya anda mengarahkannya.Anda mesti mengarahkan supaya pelawat melakukan tindakan untuk membeli produk anda.Caranya dengan menggunakan perkataan 'call-to-action' seperti 'Sila Klik Segera Sebelum Promosi Berakhir 31 Dis'.

Diharap,petua AIDA ini akan dapat membantu anda untuk berjaya dalam perniagaan online.Semoga berjaya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan