Khamis, 12 Januari 2012

SEO


Apa itu SEO?Bukan CEO ya,tapi Search Engine Optimization ataupun dalam bahasa Melayunya,Pengoptimum Enjin Carian yang sering dikaitkan dengan teknik meningkatkan trafik sesebuah website atau blog.Ia sebenarnya sangat membantu untuk memasarkan sesuatu laman web,pada masa sama memerlukan kita untuk mengetahui serba sedikit mengenai aturcara HTML.

SEO juga seringkali dikaitkan dengan teknik pemasaran menggunakan teks ataupun bahan kandungan dalam laman web atau blog.Umumnya SEO ditakrifkan sebagai aktiviti mengoptimumkan sesuatu laman web atau keseluruhan sistem supaya lebih mesra kepada enjin carian seterusnya dapat meraih trafik yang tinggi.

Yang paling penting,walaupun semua teknik SEO telah dilakukan namun ia tidak menjanjikan website anda akan berada di kedudukan tertinggi di enjin carian.Tetapi,pengabaian terhadap satu perkara asas dalam SEO,akan menyebabkan populariti laman web anda akan merudum.

Anda juga perlu menetapkan misi/target untuk populariti,contohnya,untuk satu keyword (kata kunci) pilihan daripada 30 senarai tertinggi,anda perlu menetapkan untuk menduduki top 10 dalam senarai itu.

Walaupun SEO membantu dalam meningkatkan trafik website/blog,namun ia bukanlah iklan atau satu bentuk pengiklanan.Terdapat laman berbayar yang menyediakan perkhidmatan meningkatkan populariti sesuatu kata kunci,namun teknik SEO sebenarnya adalah berdasarkan kata kunci yang popular dan relevan dengan artikel bukan kerana anda membayarnya.

SEO sebenarnya boleh dijadikan metode kerjaya baru dalam penerbitan website/blog.Teknik ini secara umumnya adalah bermain dengan kata kunci sama ada menggunakan kata kunci popular ataupun mempopularkan kata kunci yang belum pernah digunakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan