1) Entri anda mestilah ada memberi manfaat dan berguna kepada pelawat anda.Dengan itu,pelawat akan tertarik dan akan sentiasa menantikan entri terbaru blog anda.
2) Selain isi kandungan entri,anda juga haruslah memilih tajuk yang menarik dan unik bagi menarik minat pelawat untuk membacanya.Tajuknya mestilah ringkas sahaja tetapi unik.Contohnya "Cara Menjadi Blogger Profesional".
3) Ini merupakan yang paling penting.Entri anda mestilah mempunyai kaitan rapat dengan
tajuknya.Ini bagi mengelakkan pelawat anda terkeliru malahan tertipu dengan entri
anda.Contohnya,sekiranya tajuk entri anda 'Cara Buat Duit Dengan Blog',isi kandungannya
mestilah mengenai cara-cara membuat duit dengan blog juga.
4) Pastikan setiap yang anda tulis dalam entri itu merupakan yang asli serta dapat menarik minat pembaca blog anda.Berdasarkan Search Engine Optimization (SEO),hanya entri yang asli sahaja yang diutamakan oleh enjin carian.
5) Entri blog anda mesti menghiburkan.Sudah tentunya orang tidak akan membaca entri yang kosong,bosan dan tidak menarik.Letaklah seperti gambar yang menarik,unsur lawak jenaka,teka-teki,video klip menarik atau apa saja yang boleh menghiburkan pelawat blog anda.
6) Cuba mengenali pelawat anda dengan lebih dekat.Berinteraksilah dengan pelawat yang
memberi komen atau menulis di chat box blog anda.Dengan itu,anda akan dapat mengenali
pelawat anda dengan lebih dekat.
7) Anda seharusnya menjadi diri anda sendiri.Berblogging juga memerlukan kejujuran.Pelawat sudah tentunya akan menyukai tulisan anda dan akan dapat mengenali anda.
8) Sebenarnya,tidak susah untuk menghasilkan entri blog yang baik.Anda hanya perlu beristiqamah (berterusan) dalam menghasilkan entri blog.Jadi menulislah dan terus menulis sekurang-kurangnya sehari sekali atau seminggu sekali.Lepas itu,latih diri anda untuk menulis dengan lebih kerap.
9) Teruskanlah menulis biarpun tiada sebarang komen.Jangan jadikan ia sebagai pemutus semangat sebaliknya pembakar semangat untuk anda terus menulis.Hargailah setiap entri yang anda tulis.Anggaplah ia sebagai satu karya agung bagi anda.
Harap,entri ini dapat membantu anda untuk menulis entri blog yang terbaik.Sekian,terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan