Selasa, 10 Januari 2012

Cara Menarik Pelawat Membaca Entri Blog Kita

Bagaimana untuk kita menarik pelawat blog membaca entri blog kita?Kita telahpun menulis satu artikel yang menarik tetapi langsung tiada pelawat blogpun yang sudi membaca ataupun memberi komentar pada artikel blog kita.Mengapa?Kerana tajuk artikelnya kurang menarik.Bagaimana cara untuk 'memikat' pelawat membaca artikel blog kita?

Caranya ialah menimbulkan tanda tanya kepada pelawat.Contohnya,jika anda menghasilkan artikel mengenai rahsia membuat duit dengan blogging,pilih tajuk seperti 'Bagaimana Untuk Buat Duit Melalui Blog?' ataupun 'Macam Mana Nak Dapat Duit Dari Blog?'dan sebagainya.Dengan menimbulkan tanda tanya, pelawat akan menjadi tertanya-tanya lalu membaca artikel anda untuk mengetahuinya.

Elakkan daripada memberi jawapan mengenai artikel anda.Contohnya seperti 'Cara Buat Duit Dengan Blog Hanya Menggunakan Adsense'.Dengan memberi jawapan,pelawat telah mengetahuinya dan mengagak lalu mereka langsung tidak membaca artikel anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan