Selasa, 17 Januari 2012

Domain Sendiri:Kelebihan Dan Kekurangan

Apakah faedah menggunakan domain anda sendiri?Dengan menggunakan nama domain anda sendiri contohnya blog4duit2u.com,blog anda akan kelihatan lebih profesional di mata pelanggan.Di sini saya akan berkongsi sedikit mengenai kelebihan dan kekurangan menggunakan nama domain sendiri.

KELEBIHAN

1) URL blog anda lebih mudah diingati.Orang akan lebih mudah mengingati URL blog4duit2u.com berbanding blog4duit2u.blogspot.com.URL yang ringkas akan begitu mudah diingati dan diakses sekaligus akan menjana banyak trafik ke blog anda!

2) Lebih mesra SEO.Sekiranya anda menggunakan domain sendiri,enjin carian seperti Google,Yahoo,MSN dan sebagainya akan lebih mudah mencari blog anda.Cuba kita perhatikan,majoriti blog/website yang berada di kedudukan teratas adalah yang menggunakan domain seperti .com.my,.com.us dan .com.

3) Menunjukkan keseriusan kita berblogging.Dengan menggunakan domain sendiri,orang akan mengetahui tahap keseriusan kita berblogging.Lagi satu,dengan domain sendiri juga,pihak pengiklan juga akan lebih berminat untuk mengiklan di blog kita.Letaklah berapa sekalipun harganya,mesti laku punyalah...

4) Untuk pelaburan masa depan.Kalau kita tidak lagi berminat untuk berblogging,anda boleh menjual blog anda pada orang lain.Pasti orang akan membelinya pada harga tinggi.Sedangkan nama domain facebook.com pun berharga jutaan dollar!

KEKURANGAN

1) Tidak lagi percuma.Sekiranya anda menggunakan nama domain blogspot.com ataupun wordpress.com,anda tidak perlu membayar sesen pun tetapi sekiranya anda menggunakan nama domain sendiri,anda perlu membayar yuran tahunan.Kalau nak nama domain .com yang murah,belilah kat Blogger.Cuma US$10 (RM32) saja setahun.

2) Statistik kena kembali merangkak.Apabila menggunakan domain sendiri,statistik Alexa Traffic Rank,Histats dan sebagainya kena bermula semula kepada 0 ekoran perpindahan nama domain.

Terpulanglah kepada anda untuk memilih sama ada domain percuma atau berbayar.Tetapi domain berbayar adalah lebih banyak faedahnya berbanding keburukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan