Isnin, 5 Mac 2012

Khas Untuk Part Time Blogger

Akibat kekangan waktu bekerja dan pelbagai halangan lain,ramai blogger yang lebih memilih untuk menjadi blogger secara part time (sambilan) berbanding sepenuh masa (full time).Berbanding blogger sepenuh masa yang mempunyai banyak kelapangan waktu,blogger part time terpaksa melangsaikan tugasan secara full time terlebih dahulu sebelum menjalankan tugas part time sebagai blogger.Baiklah,berikut adalah perkara yang harus diketahui oleh seorang part time blogger bagi membolehkan anda menjadi blogger yang konsisten.

1) Peruntukkan sejam dua dalam sehari untuk menjalankan tugas blogging.Dalam masa itu,jangan leka melayari Facebook ataupun Twitter.Beritahu rakan anda pada masa tersebut anda mahu melakukan aktiviti blogging dan tidak mahu diganggu.Jadikan ia sebagai rutin harian anda.

2) Jangan serabutkan fikiran anda dengan menganggap dengan tidak mengemas kini blog,anda akan kerugian trafik.Buat berdasarkan apa yang anda mampu buat.Cuba berblogging sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.Jangan hanya mengikut bulat-bulat seperti blogger lain buat,tetapi entri yang dihasilkan tidak menarik.

3) Cuba muhasabah diri.Cuba renungkan,apakah yang menyebabkan anda terganggu ketika berblogging.Cari jalan untuk lebih konsisten dalam berblogging.Buang segala kesalahan dalam dunia blogging yang anda lakukan walaupun anda hanya melakukan secara part time.Dalami apa yang anda dan blog anda mahukan.

4) Berikan fokus yang tinggi kepada blog-blog yang mampu memberikan wang.Katakanlah anda mempunyai 2-3 blog.Dan kesemua blog ini berpotensi memberi keuntungan kepada anda.Berikan fokus yang lebih kepada semua blog ini.Sinari dan lengkapi blog anda dengan entri yang berkualiti dan mampu memberi impak kepada pelawat.

5) Jadikan blog yang anda miliki itu sebagai aset.Jika anda mahu bertahan lebih lama dalam dunia penulisan blog,anggaplah blog tersebut sebagai tambahan kepada aset anda.Fikir dalam jangka masa yang panjang,katalah untuk 2 atau 3 tahun.Apapun yang akan berlaku,anggaplah blog tersebut sebagai aset yang berharga bagi diri anda.Sekaligus,anda akan menjadi lebih bersemangat untuk berblogging walaupun secara part time.

6) Menyasarkan sesuatu target (sasaran) bagi aktiviti blogging anda.Walaupun hanya menulis blog secara part time,target tetap perlu ada.Jika anda menyasarkan blog anda akan berjaya selepas 3 tahun tetapi apabila ia tidak berjaya dicapai,anda perlu merenung apa yang menyebabkan ia tidak dapat dicapai dan motivasikan diri anda dan merancang apa yang anda perlu lakukan untuk mencapainya.Usah putus asa.Teruskan berusaha untuk berjaya dalam berblogging.Ingat,tiada jalan mudah untuk berjaya dalam bidang blogging ini.Berblogging pun ada pasang surutnya.

Walaupun anda hanya menjadi blogger part time,komited dan konsisten amatlah penting dalam dunia blogger ini.Harapan saya,dengan tips di atas,ia dapat memberi semangat kepada anda untuk terus berblogging dan menjadi blogger yang berjaya.Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan