Sebenarnya,menulis blog tidaklah sukar.Ia hanya memerlukan 10 langkah sahaja(sangat mudah).Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimanakah cara termudah untuk menulis blog.1) Jika anda mempunyai sebarang pendapat tetapi tidak tahu dimana hendak dilontarkan,lontarkan di blog.Nyatakan apa sahaja pendapat anda mengenai apa yang berlaku di sekeliling anda.
2) Jika anda menonton Buletin Utama ataupun apa-apa berita di televisyen setiap hari,berikan ulasan anda mengenai berita tersebut.Berikan juga pendapat anda.
3) Tuliskan apa yang berlaku di sekeliling anda.Walaupun ia kelihatan tidak penting,ia kelihatan sangat unik dan pastinya dapat menarik minat pembaca.
4) Tulis artikel yang ringkas tetapi padat.Usah menulis artikel blog yang berjela-jela,tetapi 'zero'.Maksudnya,biar artikel tersebut kelihatan ringkas tetapi penuh informasi.
5) Anda perlu memilih tajuk yang menarik untuk entri terbaru blog anda.Tajuk yang menarik akan menarik perhatian pembaca sekaligus pembaca akan mengklik tajuk artikel itu untuk membacanya.Contohnya,cuba lihat tajuk berita-berita dalam Harian Metro.
6) Berterus teranglah dalam menulis entri blog.Kurangkan kiasan.Jika terlalu berkias ini akan menyebabkan pembaca tidak faham dan keliru akhirnya mereka langsung tidak membaca entri blog anda.Ada juga yang langsung tidak faham apa itu bahasa kiasan.
7) Gunakan kata kunci (keyword) yang banyak digunakan di enjin carian.Contohnya jika anda menulis artikel mengenai resepi kek coklat,gunakan kata kunci 'Resepi Kek Coklat'.Dengan ini artikel anda akan mudah dicapai dan dibaca pelawat.
8) Gunakan nombor atau point untuk menerangkan fakta-fakta yang penting.Fakta yang penting tidak seharusnya ditulis dalam perenggan yang panjang.Ini akan menyebabkan pembaca terlepas pandang sesuatu fakta yang penting.
9) Tidak perlu membuat entri yang terlalu panjang.Biarlah entri tersebut ringkas tetapi padat dengan informasi berguna.Entri yang terlalu panjang akan menyebabkan pembaca merasa bosan untuk membacanya.
10) Baca dan teliti setiap ayat dalam entri tersebut sebelum menerbitkannya.Dengan cara ini,kita dapat mengenal pasti mana ayat yang tersalah ejaan,mana ayat yang mengelirukan dan sebagainya.Jika ada kesalahan dalam ejaan ataupun penggunaan bahasa,sila betulkannya.Mana tahu,sekiranya anda menerbitkannya begitu sahaja tanpa menelitinya,pelawat akan memberi komen yang pedas malahan mengutuk anda akibat kesalahan tersebut.
Menulis blog tidak sukar,kan?Jadi cubalah praktikkannya.Mudah kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan