Sabtu, 21 Januari 2012

Ciri-Ciri Blog Yang Baik



Apakah itu blog yang baik?Menghasilkan blog itu memang senang,tetapi untuk menghasilkan blog yang terbaik itu agak sukar sedikit.Blog yang baik akan menjadi kunjungan ramai pelawat sekaligus akan memberikan keuntungan kepada pemiliknya.Baiklah,saya ingin berkongsi dengan anda mengenai ciri-ciri blog yang baik yang akan menjadi 'kilang duit' anda.Beginilah:

1) Blog anda mestilah mempunyai nama domain dan web hosting tidak kira sama ada percuma atau berbayar.Nama domain yang baik adalah nama domain yang ringkas dan mudah diingati manakala web hosting yang baik pula adalah web hosting yang lancar dan tidak mudah down.

2) Memilih tajuk yang khusus untuk blog.Jika ia mengenai diri kita,buat blog mengenai diri kita dan begitulah sekiranya meminati bidang aeroangkasa contohnya.

3) Sebenarnya,amat mudah untuk menarik trafik untuk blog kita.Saya yakin ramai di kalangan anda yang mempunyai akaun Facebook.Anda boleh menggunakan Facebook untuk menarik trafik sebanyak mungkin ke blog anda.Tetapi jadikanlah cara anda mempromosi di Facebook itu sangat menarik dan unik supaya pelawat akan tertarik.Selain itu,Twitter juga boleh digunakan.

4) Kita mesti bermain dengan SEO supaya ia dapat menarik trafik.Cara bermain dengan SEO ialah mengkaji permintaan serta persaingan sesuatu keyword tersebut.Apabila sesuatu keyword mempunyai permintaan,trafik akan meningkat mendadak.Keyword yang kurang persaingan akan berada di kedudukan hadapan enjin carian.

Harap-harap,tips ini dapat membantu anda untuk membina blog yang baik sekaligus menjana pendapatan lumayan daripada blog anda.Semoga berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan