Rabu, 1 Februari 2012

Dilarang Buat 'Click Fraud' Di Nuffnang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,kali ini saya mahu kongsikan sesuatu yang AMAT PENTING dan perlu diketahui oleh semua bloggers sekalian.Saya rasa,kebanyakan bloggers terutamanya blogger baru langsung tidak tahu mengenainya.Baiklah,saya akan menjelaskan mengenainya.

Apa itu Click Fraud?Click Fraud bermaksud sesuatu perbuatan di mana anda memanipulasi bilangan/jumlah klik bagi iklan di blog anda.Ia dilakukan melalui perbuatan-perbuatan tersebut:

1) Tinggalkan komen di cbox/shoutbox/ruangan komen blog dengan ayat ini 'saya dah klik iklan anda,anda kliklah iklan saya'.

2) Meletakkan tajuk bagi banner iklan Nuffnang yang dipaparkan seperti 'Please Click Here', 'Klik Saja,Tak Perlu Bayar' dan 'Sila Klik Sini'.

3) Klik sendiri unit iklan Nuffnang banyak kali dalam sehari.

4) Klik sendiri unit iklan Nuffnang dari komputer lain.

5) Buat banyak blog dan mendaftarkannya dengan Nuffnang,kemudian klik semua unit iklan dari semua blog itu dalam satu masa.

6) Rajin menukar tetapan IP address dan klik iklan Nuffnang anda.

Ini merupakan notis yang dikeluarkan pihak Nuffnang berhubung 'click fraud' ini:

Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjanapendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukanaktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

Kepada pembaca blog ini,sila sebarkan maklumat ini kepada blogger lain untuk dijadikan peringatan.Bukan apa,takut nanti kalau masa nak cashout income Nuffnang kita,nanti kena reject sebab buat click fraud.Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan