1) Jual apa-apa sahaja produk yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran.Contohnya ebook dan sebagainya.
2) Menggunakan platform mudah dan segera untuk memulakan bisnes tersebut.Contohnya di Facebook,blogshop di Blogger ataupun blog D.I.Y.
3) Menetapkan kadar keuntungan bersih perniagaan anda.Asas perniagaan adalah untung,bukan rugi ataupun cukup-cukup makan.Jika memberi diskaun,pastikan ada keuntungan yang munasabah untuk kita.
5) Lakukan promosi dengan berkesan seperti dengan mesej yang betul,pada masa yang betul dan kepada sasaran (orang) yang betul.Pilih kaedah pemasaran yang betul dan dilakukan secara konsisten.
6) Anda boleh menghasilkan mesej yang betul dengan mempelajari ilmu copywriting.
7) Anda mesti mengetahui jumlah pelawat ke blog/website anda.Caranya dengan menggunakan Google Analytics,StatsCounter,SiteMeter dan sebagainya.Sekiranya anda kurang mahir,dapatkan nasihat daripada pakar.
8) Berikan layanan baik kepada pelanggan anda,dengan memudahkan segala urusan jual beli dan gunakan ayat-ayat yang menghargai dan menggembirakan mereka.
9) Simpan segala maklumat pembeli (nama,nombor telefon,emel,alamat) dengan baik dan terurus.
10) Jual produk yang lain kepada pelanggan sedia ada dengan memberi diskaun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan