
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Pasti ramai blogger yang memasang unit iklan dalam blog mereka memilih Nuffnang,kan?Hari ini saya nak kongsi sedikit mengenai KELEBIHAN serta KEKURANGAN komuniti pengiklanan blog ini.Ini kerana saya juga dapat mengesan mengenainya.
KELEBIHAN
1) Bayaran yang diterima setiap perolehan klik iklan adalah lumayan iaitu RM0.15 bagi Ahli Biasa dan RM0.25 bagi ahli Glitterati (VIP)
2) Syarat yang dikenakan untuk menjadi ahli Nuffnang tidaklah terlalu ketat.
3) Blogger yang menjadi ahli Glitterati akan mendapat bayaran lebih tinggi berbanding ahli biasa.Cash-out dan Buffered Earning juga akan lebih cepat.
4) Minimum untuk cash-out hanya RM50.
5) Paparan iklannya yang cantik dan menarik mampu menarik visitor untuk mengklik.
6) Mempunyai kempen iklan seperti CPC,CPM,CPR dan sebagainya.
KEKURANGAN
1) Tidak boleh meletakkan sebarang unit iklan yang sama konsep dengan Nuffnang seperti Advertlets,Adsniaga,Mangga Ads dan sebagainya.Akibatnya,status Glitterati Nuffnang mungkin boleh ditarik balik.
2) Bayaran hanya dibuat dengan cek.Tiada pilihan pembayaran lain seperti bank-in,Paypal dan sebagainya.
3) Perlu kerap menjawab survey bagi mendapat Buffered Earning.
4) Kemaskini earningnya agak lama iaitu seminggu iaitu setiap hari Isnin atau setelah tamat sesuatu kempen.
5) Iklan kempen CPM dan Buffered Earning sangat sukar diperolehi.
6) Agak jarang memaparkan iklan.Iklan hanya dipapar pada masa tertentu sahaja.
Harap ia akan dijadikan panduan untuk blogger yang berminat untuk menjana wang di Blog.Ini adalah pandangan kebanyakan blogger berpengalaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan