Anda mahu meningkatkan trafik pelawat ke blog anda?Sudah tentu ramai yang mahukan blog mereka dikunjungi oleh ramai pelawat.Dengan jumlah pelawat yang tinggi,ini boleh mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda kepada anda lebih-lebih lagi sekiranya anda ada meletakkan unit iklan pada blog anda.Oleh itu,saya akan kongsikan sedikit tips bagaimana anda boleh menarik banyak trafik ke blog anda.1) Pilih satu topik yang khusus untuk blog anda.
Anda mestilah menetapkan satu topik yang khusus untuk blog anda.Contohnya,jika anda meminati bidang automotif,hasilkan blog mengenai perkembangan automotif semasa.
2) Kurangkan gambar/video dalam artikel blog.
Cuba elakkan daripada memuat naik terlalu banyak gambar ataupun video dalam setiap artikel
yang diterbitkan dalam blog anda.Memuatkan terlalu banyak gambar dan video akan
menyebabkan blog anda akan menjadi lambat dibuka sekaligus pelawat tidak akan sekali-kali melawati blog anda.
3) Sentiasa mengemaskini blog dengan kerap.
Dengan sentiasa mengemaskini blog anda dengan artikel terkini secara kerap,ini akan membuatkan mereka akan tertarik dengan 'kerajinan' anda mengemaskini blog anda
sekaligus mereka akan berulang kali mengunjungi blog anda bahkan mereka juga akan
mengajak lebih ramai orang mengunjungi blog anda.
4) Promosikan blog anda.
Promosikan blog anda dengan meninggalkan URL blog anda pada komentar yang anda berikan pada blog yang mempunyai trafik tinggi.Anda juga boleh mencetak alamat blog anda pada kad nama,stiker ataupun Shoutbox/Cbox blog yang anda kunjungi.
5) 'Blogwalking' ke blog bertrafik tinggi.
Anda juga boleh menziarahi blog orang lain ataupun 'blogwalking' ke blog bertrafik tinggi.
Jangan lupa,letakkan kata-kata yang boleh menarik pengunjung ke blog anda seperti
'Sila follow blog saya','Bagus blog anda,apakata anda singgah ke blog saya' dan sebagainya.
6) Masukkan 'CBox' atau 'Shoutbox' ke blog anda.
Masukkan alat yang membolehkan anda berkomunikasi dengan pengunjung blog anda.
Contohnya Cbox dan Shoutbox.Ini akan membuatkan pengunjung anda akan melawati blog
anda berulang kali.
7) Balas kunjungan pelawat blog anda.
Setelah pelawat anda meninggalkan pesanan dan jejak blog mereka di Cbox dan Shoutbox
anda,balas semula kunjungan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan